Pengalaman bersalin…

Alhamdulillah…syukur ke hadrat Ilahi, aku dah selamat bersalin. Sesungguhnya pengalaman bersalin memang mengundang nostalgia. Even ko beranak banyak kali pun, perasaan berdebarnya tetap sama. Tanyalah sesiapa pun, diorang akan cakap yang sama jugak. Jadi kesimpulannya sayangilah ibu dan isteri korang. Mereka telah sanggup berkorban untuk melahirkan kita dan sanggup berkorban menjaga kita sehingga kita sudah pandai menjaga diri.

Actually aku bersalin secara c-section, baik yang pertama mahupun yang kedua. Tetapi kedua – keduanya mempunyai pengalaman yang berbeza. Yang pertama aku kena emergency c – section sebab bayi aku da keluar tangan dulu, bak kata doktor yang nak sambut baby tu, ” ala puan baby puan da bagi salam lah” . Aku macam blur jap sebab da sakit kan. ” Okay puan tunggu sekejap ye, kita tunggu baby tukar kedudukan”. Sejam tunggu. Doktor pun cek..Tapi perancangan Allah, aku terpaksa emergency czer sebab takut bayi lemas kerana air ketuban/mentuban da nak habis. Maka keluarlah nur sakinah adawiyah aka bobot inah.

Waktu doktor bagitahu aku kena emergency czer, aku menangis takut. Rasa macam nak lari dari hospital. Takutnya kena bedah. Tak pernah seumur hidup aku kena bedah. Sepanjang usia aku, aku sihat dan aku tak pernah masuk hospital. Tapi bila da kawen, hospital dah macam tempat top aku kena melawat. Fuh tension jangan cite kawan – kawan. Sebelum kena bedah tu, datang la pakar bius, pakar bedah semua, then mereka perkenalkan diri. Bagitahu simptom dan procedure bedah. Tapi jiwa ku melayang kala itu, aku sign dan setuju je. Time bedah tu aku tak tido pun, doktor suruh tidur. Tapi punya takutnya hati aku, aku tak lelap wei. Bila terdengar je suara baby menangis, Alhamdulillah leganya wei masa tu, rasa semua da setel.

Itu yang pertama. Yang kedua pulak. Czer jugak tapi aku request. Actually sebenarnya boleh beranak normal, tapi aku tak berani. Kenapa?

Meh aku citer dulu. Week 34 tak silap aku. Aku kena jumpa pakar O&G untuk bincang samada aku boleh beranak normal or czer. Tapi time tu doktor tu macam tak suggest aku beranak normal sebab risiko rahim pecah tinggi. Doktor tu cakap macam tu sebab jarak czer yang dulu terlalu rapat dan tak cukup dua tahun. So, dia macam tak suggest aku beranak normal.Dia suruh aku bagi keputusan haritu jugak. Jadi aku ni macam takut nak ambil risiko, aku setujula nak czer. Jadi aku akan diczer pada 4.11.2019

Sehari sebelum aku czer. Aku jumpa doktor yang bakal membedah aku ( ayat ni macam pelik tapi layankan je kawan-kawan). Dia cakap, ” Puan tak nak try normal ke?”. Aik aku dah jengkreng da ni. Patutkah aku normal? Aku pun balas ” Entahlah doktor, hati saya da prepare nak czer, susah nak ubah keputusan dah”. ” Okaylah kalau puan da cakap macam tu, kita procede jela ye dengan elective czer. Saya ni tanya je puan, tapi ada je yang nak normal, tapi bila da sakit sangat terus minta czer balik, itu lagi rumit, jadi puan sign ye”. Hmmm doktor ni, kenapalah aku tak jumpa dia dulu. Yang bestnya doktor ni, cara dia cakap menenangkan hati aku, tapi sebab aku tak jumpa dia, aku tak boleh fikir yang aku mampu nak normal. Takut sangat wei. Tapi kali ni aku rasa la sikit procedure bedah tu, takdela rasa pisau hiris cuma kita boleh rasalah gerakkan macam waktu dorang tarik baby keluar dari perut. Itu jelahh. Tapi lain orang lain pengalamannya. Ada yang kata czer kali kedua sakit sangat. Hmmm aku rasa aku okay lagi la buat masa ni.Maka selamat la keluarnya si kecil comel ku, Muhamad Abdul Raof aka bobot reofff .

Sekian, nanti aku sambung pengalaman berpantang pulak.

Pss: Takde gamba anak nak upload. Tunggu aku edit cantik dulu baru aku upload sampai terjuling biji mata melihatnya

Follow : ❤tirasya_shaklee

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s