Apa itu Omega 3

Teringat zaman little athirah dahulu. Zaman 90 an mana ada handphone bagai. Yang ada hanya television untuk beramai ramai bersama adik adik tersayang dan selepas itu bergaduh nak tengok kartun kesukaan. Okay back to the topic.

Apa kena mengena television dengan Omega 3?

Sebenarnya kalau saya tengok je siaran television mestilah terselit iklan. Kalau masa tu, masa kartun jadi semua iklan berkait pasal budak budak. Jadi ada satu iklan ni. Ceritanya budak ni lesu je. Dia pun tak semangat nak ke sekolah. Jadi ibu dia pun bagi dia telan sesuatu, terus budak tu semangat nak ke sekolah. Rupa rupanya iklan minyak ikan…

Okay kenapa ye, bila budak tu telan minyak ikan tu, terus dia semangat nak pergi sekolah? Dan apa itu minyak ikan?

Minyak ikan atau dikenali dengan Omega 3. Omega 3 adalah sejenis lemak yang mengandungi DHA dan EPA. Omega 3 adalah lemak yang baik.

Omega 3 ini kalau diamalkan banyak manfaatnya kepada kita antaranya membantu perkembangan otak dan mata, membantu melancarkan peredaran darah, membantu mengurangkan masalah sakit sendi.

Tapi mana nak dapat Omega 3 ini?

Tahukah kalian badan kita, tak boleh menghasilkan omega 3? Jadi kita kena lengkapkan nutrisi omega 3 inin dengan mengambil makan yang lengkap dengan sumber omega 3. Omega banyak terdapat pada ikan dan juga sumber lain seperti kekacang dan sayuran.

Pengambilan omega 3 yang disarankan oleh pakar pemakanan adalah sebanyak 1gram (1000 miligram). Cuba anda bayangkan berapa banyak ikan kita perlu makan setiap hari untuk mencukupkan pengambilan omega 3?

Jadi sekiranya kita rasa pemakanan kita tak cukup dengan kadar omega 3 yang diperlukan, kita boleh melengkapkannya dengan mengambil suplemen sebagai makanan tambahan. Jadi penuhkan diet anda dengan makanan yang sihat supaya badan anda sihat dan cergas.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s